Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Rendang Ayam Perak

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (disiang & dipotong kecil-kecil)
Garam & lada hitam giling secukup rasa
Minyak makan untuk menggoreng


Bahan Giling:
125 gm bawang merah
8 ulas bawang putih
10 batang lada merah 1 batang serai (dititik)
1 ½ cawan pati santan
Air dari 1 biji limau nipis

2.5 kunyit hidup
2 sudu garam

Cara-cara

Perapkan ayam dengan garam & lada hitam.
Ketepikan selama 15-20 minit. Pijarkan minyak di atas api yang besar. Masukkan ayam & goreng hingga rata kuning. Toskan minyaknya kedalam kuali & ketepikan. Kurangkan minyak hingga rata tinggal hanya 2 sudu. Masukkan bahan-bahan yang telah digiling & serai.Goreng hingga keluar minyak. Kecilkan api & masukkan pati santan & air limau nipis.Didihkan perlahan-lahan selama 3-5 minit. Masukkan ayam & ters didihkan perlahan-lahan hingga empuk & kuah pekat. Hidangkan panas-panas dengan nasi.