Rendang Ayam Palembang

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam sederhana besar
camca besar ketumbar
8 biji bawang besar
5 biji buah keras
1 tangkai cili merah 2 sm kunyit
2 sm lengkuas
2 batang serai
Sedikit garam
Sedikit asam jaya

Cara-cara

Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Tumbuk halus ketumbar, bawang besar, buah keras dan cili merah. Lengkuas dan serai dititik. Kemudian tuang 2 cawan air, ayam, bahan-bahan tumbuk dan bahan titik ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan dan tutup hingga ayam empuk. Apabila ayam empuk angkat dan goreng bersama minyak sapi hingga kuning dan garing. Apabila siap angkat dan hidangkan.