Sambal Kicap Cik Anie.

Ramuan / Bahan

20 tangkai cili padi,
4 tangkai cili merah,
2 ulas kecil bawang putih,
2 biji limau kasturi,
2 sudu makan gula melaka,
1 cawan kicap manis
(cadangan-cap kipas udang)
sedikit minyak untuk menggoreng.

Cara-cara

panaskan minyak, masukkan bawang putih yang telah dibelah dua. kemudian masukkan lada tadi .tutupkan kuali(sebab lada akan meletup- letup sikit),biarkan 2/3 minit matikan api.angkatlah dan tumbuk lumat kautkan ke dalam mangkuk.masukkan gula melaka tadi dan perahkan limau .Gaul rata,masukkan kicap.rasakan pedas dan manisnya. siap untuk dihidang.