Rendang Ayam Daun Maman

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam kampung
2 cekak pucuk maman
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup
5 batang serai 3 biji kelapa
30 tangkai cili padi
10 tangkai cili kering
4 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Sedikit kerisik

Cara-cara

Ayam dipotong dan dibersihkan. Cili padi, cili kering, kunyit, bawang merah dan bawang putih digiling hingga halus. Gaulkan dengan ayam dan masukkan dalam kuali. Biarkan di atas api hingga daging ayam kecut dan kering airnya. Masukkan santan dan masak hingga kering dan berminyak. Kemudian tambahkan pucuk maman, asam gelugur dan gaul rata. Masukkan kerisik dan biarkan kering di atas api, sentiasa dikacau supaya tidak hangit.