Rendang Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam yang dipotong 12

Bahan A
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi (ikut suka)
1 sudu jintan manis
2 sudu ketumbar
sedikit kerisik kelapa
Bahan B
4 helai daun limau purut (dihiris halus)
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
2 batang serai (dihiris halus)

Bahan C
sebiji kelapa (ambil santannya)
sedikit garam

Cara-cara

cara-cara :
1. Kisar bahan A sehingga halus
2. Tumis bahan A sehingga naik bau.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Masukkan ayam yang sudah dipotong kecil. Gaul hingga sebati selama 5 minit
5. Masukkan santan. Pastikan api kecil semasa santan dimasukkan untuk mengelakkan santan pecah minyak
6. Masukkan Bahan B. Kacau hingga ayam empuk.