Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Rendang Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 biji kelapa (ΒΌ dibuat kerisik)
8 biji bawang merah(dihiris)
5 biji bawang putih(di hiris)
1 batang serai(di mayang)
1 cm halia(di hiris)
10 sudu besar lada giling
daun kunyit(di hiris halus)
1 keping asam gelugor
sedikit garam
sedikit minyak untuk memasak

Cara-cara

panaskan kuali,tuangkan minyak pada kadar kuantiti yang secukupnya. masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris kemudian serai dan halia. tumis bahan tersebut sehingga naik bau. masukkan lada giling kacau sebentar dan masukan ayam yang telah di potong kecil.tunggu sehingga lada dan ayam benar-benar masak.setelah itu masukkan santan kelapa dan kacau sehingga ia menggelegak. masukkan asam gelugor dan berengaikan. biarkan santan itu masak dan kering. setelah itu barulah diletakkan kerisik yang telah digoreng dan dikisar.