Salad Sayur Segar

Ramuan / Bahan

½ biji kubis
½ biji salad
1 biji tomato
1 biji carrot
1 biji timun


1 biji apel hijau
1 jambak daun pudina
1 biji buah Lemon
1 sudu besar Minyak Zaitun Extra Virgin
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-cara

Hiris semua sayuran dan buah mengikut kehendak sendiri sama ada hiris atau dadu. Daun pudina tak perlu di potong sekadar carik saja dan gaul bersama sayuran lain dengan masukkan perahan jus lemon, minyak zaitun dan garam serta lada hitam secukup rasa.