Biskut Jurai Manis

Ramuan / Bahan

425 gm tepung
1 sudu teh garam 150 gm gula
200 gm mentega

Cara-cara

Campur semua bahan sekali dan uli hingga sebati. Canai di atas papan bertepung dan potong adunan jurai kecil-kecil kira-kira 3 cm panjang. Letakkan jurai-jurai itu dalam dulang pembakar yang disapu minyak. Bakar dalam ketuhar panas selama 10 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.