Rendang Asli

Ramuan / Bahan

1 kg ayam
30 biji cili padi
2 cm halia
2 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih 3 batang serai
2 biji kelapa, ΒΌ dijadikan kerisik, selebihnya diperah untuk mendapat semangkuk pati santan
1 camca teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit, dihiris halus
Garam secukup rasa

Cara-cara

Ayam dipotong kecil mengikut ukuran disukai. Giling lumat cili padi, halia, lengkuas, bawang merah, bawang putih dan serai. Gaul ayam bersama bahan-bahan giling, santan pekat dan serbuk kunyit. Masak di atas api sederhana dan dikacau selalu. Apabila hampir kering masukkan daun kunyit, kerisik dan garam. Biarkan mendidih dan pekat, sebelum dihidangkan.