Phadprik Special

Ramuan / Bahan

300g Isi ayam (ikut suka)
4 btg Kacang panjang (potong 1 inci)
4 btg Jagung Muda (hiris serong)
1 btg Lobak (potong 1 inci-mcm fries)
Kobis bunga (potong kecil)


2 biji Bawang besar (belah 6)
4 ulas Bawang putih (ketuk)
2 btg serai (dititik)
4 lbr Daun limau purut (buang tulang)
1 kiub Perencah tomyam
2 sudu Sos tiram
2 sudu Kicap manis
2 sudu Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai naik bau
2. Masukkan ayam gaul rata sampai ayam nmpk masak sedikit. Masukkan sos tiram dan gaul rata.Masukkan serai.Tunggu sampai ayam betul2 masak.Masukkan garam dan kicap.
3. Masukkan kacang panjang, jagung muda, lobak, kobis bunga dan bawang besar. Gaul sampai rata.Tambah air jika ingin berkuah.Api sederhana shj.
4. Bila dah mendidih,masukkan kiub tomyam yg telah di cairkan. Gaul rata.Masukkan daun limau purut. Masukkan gula ikut keperluan.
5. Apabila sudah naik bau, matikan api. Siap utk dihidang.