Paprik Campur

Ramuan / Bahan

1 ketul ayam (bahagian dada)-potong kecil
sedikit daging - potong nipis
5 ekor udang
5 ekor sotong - potong bulat
sayur- 1 btg jagung muda,1btg kacang panjang, sedikit bunga kobis, sedikit carrot, 1 biji tomato. labu bawang besar(potong panjang)

4 ulas bawang putih - ketuk
2 batang serai - ketuk
4 helai daun limau purut - carik
2 biji cili merah,1 labu bawang besar,3 ulas bawang merah, 1 biji tomato, - kisar

3 sudu minyak masak
3 sudu sos tiram, 1 sudu sos cili, 1 sudu sos tomato
2 sudu kicap manis
1 sudu kecil tepung jagung
garam, gula, serbuk perasa.

Cara-cara

tumis bwg putih yg diketuk, bila wangi masukkan bahan kisar, sos tiram,sos cili, dan sos tomato. bila pecah minyak masukkan ayam, daging, udang dan sotong,

masukkan serai dan daun limau purut. tambah sedikit air. bila hampir masak masukkan sayur-sayuran dan kicap manis dan tepung jagung(utk memekatkan kuah) sesuaikan rasa.