Nasi Ayam Goreng

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
2 tin susu beras
2½ tin susu air
1 biji tomato 4 sudu makan marjerin
1 genggam bawang merah ditumbuk hingga lumat, sedikit bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.

Cara-cara

Ayam dibersihkan kemudian dimasukkan ke dalam periuk bersama dengan air, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang tumbuk dan garam secukup rasa. Bila telah mendidih dan empuk ayamnya bolehlah disesuaikan rasanya kemudian diangkat ketepi. Beras dibasuh dan toskan airnya sehingga kering. Panaskan marjerin dalam sebuah kuali setelah itu masukkan beras tadi sambil dibalik-balikkan dua tiga kali kemudian tuangkan air rebusan ayam tadi sambil digaul-gaulkan sehingga rata. Setelah itu masukkan ke dalam sebuah periuk lain dan tanaklah seperti nasi biasa. Keluarkan ayam tadi kemudian siat-siatkan dagingnya kemudian mesukkan ke dalam nasi yang telah kering. Setelah itu masukkan buah tomato. Bila hendak dihidangkan taburkan di atasnya dengan bawang goreng dan daun sup.