Nasi Ayam Buluh

Ramuan / Bahan

ekor ayam dipotong sederhana

(Bahan A)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 inci halia
1 pinggan penuh nasi sejuk

Garam
Ajinomoto

(Bahan B)
Buluh untuk memanggang
Kayu api untuk membakar/memanggang
Daun ubi untuk menutup buluh

Cara-cara

Tumbuk semua bahan A tadi kemudian gaulkan ayam yang telah dipotong dengan bahan yang ditumbuk. Tambahkan perasa garam dan ajinomoto secukup rasa. Perapkan selama 5 minit. Kemudian gaulkan nasi bersama ayam yang telah diperap tadi dan tambahkan garam dan aji secukup rasa. Setelah digaul bersama masukkan kesemuanya ke dalam buluh dan tutupkan buluh tadi dengan daun ubi. Buluh tadi pula dibakar atas api yang dinyalakan sehingga masak bahan-bahan tadi.