Lawar

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan untuk bumbu:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2.5 cm kencur
2.5 cm lengkuas
3 biji buah keras (kemiri)
2 camca besar gula melaka (gula bali)
2.5 cm kunyit hidup
camca teh lada hitam
1 batang serai, di hiris
2 helai daun salam
5 biji cili merah
Sedikit minyak untuk menumis
300 gm ayam,dicincang halus
biji kelapa, diambil pati santan lebih kurang 1 cawan Bahan-bahan untuk digaul kemudian:
300 gm kacang panjang, dicelur dan dihiris nipis
100 gm nangka muda, direbus dan dilerai-leraikan
cawan kelapa goreng
cawan bawang goreng
6 biji cili padi, dihiris halus
Sedikit garam
1 cawan air
1 biji limau nipis, dihiris nipis dan dipercikkan

Cara-cara

Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, kencur, lengkuas, buah keras, gula melaka, kunyit, lada hitam, serai, daun salam dan cili merah. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk (bumbu) hingga berbau wangi. Masukkan ayam dan pati santan, masak hingga kuah kering. Angkat dan biarkan sejuk seketika. Gaul ayam dengan kacang panjang, nangka muda, kelapa goreng, cili padi hingga rata. Tambahkan garam, air dan hirisan limau nipis mengikut cita rasa.