Lambaran Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (disiang & dipotong lapan)
600 ml air mendidih yang bergaram ]
2 sudu minyak makan
3 keping asam gelugor atau
5 biji belimbing masam 1 batang serai (dititik)
3 helai daun limau purut
2.5 cm lengkuas (dititik)
250 gm kelapa parut (direndang)
Garam Secukup rasa

Bahan Giling:
7 ulas bawang merah
2 ulasa bawang putih
2.5 cm kunyit
2.5 kiub belacan
(semua direndang & digiling halus)

Cara-cara

Masukkan ayam dalam air garam. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan selama 15 minit,hingga ayam empuk. Keluarkan ayam & ketepikan.Ambil air rebusannya. Pijarkan minyak di atas api yang sederhana.Tumis bahan giling hingga garing. Kemudian kecilkan api.Masukkan air rebusan yang telah disimpan tadi & bahan-bahan selebihnya kecuali garam. Didihkan selama 10 minit,kemudian masukkan ayam.Masaklah hingga ayam empuk & kuahnya menjadi pekat. Masukkan garam secukup rasa. Senduk & hidangkan panas-panas dengan nasi putih & masakan-masakan lain.