Kuzi Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 botol sos tomato
5 biji limau nipis
100 gm kismis
1 tin susu cair
4 labu bawang besar
15 biji badam
1 tin minyak sapi untuk meggoreng
2 ulas bawang putih
Sedikit garam Bahan-bahan rempah:

1 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan putih
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
2 tangkai cili kering
2 sudu teh jintan manis
1 biji cili merah
1 hiris buah pala
5 kuntum bunga cengkih
3 cm halia

Cara-cara

Ayam dipotong dan dibersihkan. Gaul ayam dengan bawang putih dan garam. Perap selama 15 minit.

Goreng bahan rempah tanpa minyak dan kisar lumat. Buang kulit badam dan rendam dalam air panas. Potong nipis dan goreng hingga kuning dan garing.

Goreng ayam yang diperap tadi separuh masak.

Masukkan ayam, susu cair, sos tomato, bawang besar hiris dan kismis ke dalam periuk. Perahkan air limau nipis dan kacau sebati.

Masukkan minyak menggoreng ayam tadi dan panaskan atas api sederhana hingga naik bau dan kuah pekat.