Kurma Sosej

Ramuan / Bahan

5 batang sosej ayam
2 cawan santan pekat
1 cawan air
4 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar rempah kurma
5 ulas bawang kecil (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
Sedikit halia (dikisar halus) 1 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji tomato (dipotong 2)
2 tangkai cili hijau (dibelah 2)
Garam secukup rasa
1 sudu besar ikan bilis (dikisar halus)
3 keping asam keping

Cara-cara

Panaskan minyak sapi & tumis bawang putih, bawang merah, halia, bunga cengkih,bunga lawang & kulit kayu manis sehingga naik aroma. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit
air. Biarkan sedikit matang, masukkan sosej, ikan bilis & asam keping. Campurkan air & santan pekat. Kacau sehingga mesra. Tunggu hingga mendidih, masukkan tomato, cili hijau & garam. Biarkan lagi sehingga mendidih. Angkat & hidangkan.