Roti John

Ramuan / Bahan

2 buku roti hot dog roll
1 biji telur
½ sudu teh serbuk
Lada sulah
1 biji bawang besar (dipotong dadu) Sedikit daun sup (dipotong kecil)
Garam secukupnya
Mentega dan mayonis
Secukup sos cili
Tomato

Cara-cara

Pukul telur dan masukkan serbuk lada sulah, bawang dan daun sup.

Roti dibelah dua, sapu sedikit mentega. Panaskan sekejap di atas api dan sapukan mayonis.

Siramkan telur di atas kuali leper, dan apabila telah dimasak, angkat dan hidangkan serta letak ke atas roti. Bubuh sos cili dan sos tomato.