Kungfu Chicken

Ramuan / Bahan

Ayam (potong kecil)
Cili kering (potong 2 cm)
Bawang Kuning (potong dadu)
Cendawan butang (hiris)
Kicap cair
Buah Gajus (goreng tanpa minyak)

Cara-cara

Perap ayam selama 1 jam dengan kicap cair.
Goreng bawang besar hingga layu, toskan.
Goreng cili kering hingga garing. Ditoskan.
Menggunakan minyak yang sama, goreng ayam yang di perapkan tadi hingga empuk dan kering. Proses ini akan mengambil masa yang agak lama. Kuali haruslah di tutup, apinya sentiasa di jaga dan perlu kerap di kacau.
masukkan cendawan butang yang dihiris tadi. Kacau Rata. Biar seketika. Masukkan cili kering dan bawang yang di goreng tadi. Akhir sekali masukkan gajus kalau suka.