Kerutuk Ayam Sri Terengganu

Ramuan / Bahan

ekor ayam (dipotong enam dan dibersihkan)
5 sudu cili boh
3 sudu rempah kerutuk
3 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu kerisik 2 ulas bawang putih (dikisar halus)
inci halia
inci lengkuas
garam
gula

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumisan sehingga naik bau dan berwarna keemasan. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar halus bersama rempah, cili boh dan kerisik sehingga garing. Apabila rempah tadi telah garing, masukkan ayam dan biarkan mendidih. Apabila mendidih, masukkan gula dan garam, biarkan hingga pekat. Apabila telah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak.