Kerabu Ayam Panggang

Ramuan / Bahan

250 gm ayam (bahagian dada)
2 sudu besar minyak zaitun
30 gm lobak merah (diparut panjang)
50 gm tauge (dicelur)
Lada hitam
Garam

Bahan dimayang:
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan
4 biji cili merah
30 gm daun salad
10 gm daun ketumbar Bahan untuk sos:
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
2 ulas bawang putih (dicincang)
Gula pasir
Nampla

Cara-cara

Bersihkan ayam dan perap dengan bahan perapan selama 30 minit. Kemudian bakar hingga masak. Campurkan serai, bunga kantan, cili merah, daun salad, lobak merah, taugeh dan daun ketumbar. Gaul bahan ini ke dalam bahan sos. Sesuaikan rasa dan hidangkan bersama ayam.