Roti Bawang Berwalnat

Ramuan / Bahan

80 ml susu kurang lemak
20 gm mentega
11 g ragi kering
15 gm ragi basah 1 camca teh gula pasir
250 gm tepung gandum tulen
60 gm walnut (dicincang halus)

Cara-cara

Jerangkan susu kurang lemak di dalam periuk kecil sehingga ia suam.

Kemudian masukkan mentega, biarkan sehingga ia cair.

Masukkan ragi kering dan ragi basah bersama gula pasir, biarkan ia sehingga berbuih.

Masukkan tepung gandum bersama tepung adunan tulen di dalam mangkuk adunan. Tuangkan bancuhan yis, uli sehingga ia sebati.

Masukkan walnut, uli sebentar sehingga ia sebati. Tutupkan permukaan mangkuk adunan dengan tuala lembap supaya adunan naik sekali ganda.

Uli adunan sekali lagi, bentukkan adunan mengikut pilihan. Bubuhkan kembali ke dalam mangkuk adunan, biarkan ia sehingga naik sekali lagi.

Bubuh ia di dalam dulang pembakar. Bakar ia pada suhu 200 darjah Celcius dan 20 minit atau sehingga ia masak.

Untuk menentukan ia masak cucuk lidi koktel di tengah-tengah roti dan tepung tidak melekat padanya apabila dikeluarkan.