Kepak Ayam Goreng Cili

Ramuan / Bahan

500 g kepak ayam
15 biji cili merah (digiling)
1 labu bawang besar (dihiris) 2 biji tomato (dibelah 4)
2 biji asam limau
Sedikit garam

Cara-cara

Kepak ayam dibersihkan kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit, perap sebentar. Panaskan minyak dan goreng kepak ayam hingga elok masaknya. Tumis bawang besar dalam minyak goreng ayam tadi, masukkan cili, masak hingga naik baunya. Masukkan kepak ayam, tomato dan perahkan sedikit air limau nipis. Kacau rata-rata dan angkat.