Kepak Ayam Bermadu

Ramuan / Bahan

500 gm kepak ayam
1 sudu teh pati ayam
1 sudu besar madu
1 sudu besar sos tiram 4 biji limau kasturi
1 sudu besar kicap cair
100 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Cara-cara

Bersihkan kepak ayam. Kemudian, perap ayam bersama bahan-bahan tadi kecuali tepung gandum dan tepung jagung selama satu atau dua jam.

Setelah itu, sadur kepak ayam dengan kedua-dua jenis tepung tadi dan goreng hingga garing.