Kelio Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam, dipotong 12
2 gelas santan pekat, daripada sebiji kelapa
1 batang serang
2 sm lengkuas
2 keping asam gelugur
2 helai daun limau purut
Garam secukup rasa 10 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
2 sm kunyit hidup
4 ulas bawang putih
20 biji bawang merah
5 biji buah keras
Kisar kesemuanya

Cara-cara

Masukkan bahan-bahan kisar, santan, serai, lengkuas, daun limau purut dan ayam ke dalam kuali. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan asam gelugor. Kacau hingga rata. Biar kuah hingga pekat dan ayam empuk baru diangkat.