Kari Tempoyak Ala Kampung

Ramuan / Bahan

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam potong kari (sederhana Besar)
3 sudu besar tempoyak (ikut suka)
1.5 cawan santan atau susu cair (ikut suka)
sedikit garam, gula, serbuk perasa
air mengikut keperluan

Bahan dikisar:

3 Ulas bawang putih
8 Ulas bawang merah
1 Batang serai
3 cm halia
2 cm langkuas




Bahan tumis:

Minyak untuk menumis
3 cm kayu manis
4 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 biji buah keras
sedikit bunga cengkih

4 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar cili boh

Cara-cara

masukkan minyak sekadar di perlukan, tumis bahan penumis, masukkan bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili boh, sebuk kari dan sedikit serbuk kunyit,gaul hingga betul-betul pecah minyak.
Masukkan ayam dan gaul beberapa minit. setelah itu masukkan santan biarkan mendidih seketika seterusnya masukkan tempoyak serta air.
akhir sekali masukkan garam, gula, serbuk perasa.