Rendang Ikan Bilis & Petai

Ramuan / Bahan

Semangkuk ikan bilis kecil
3-4 papan petai
30 sen cili padi
6-7 ulas bawang merah
2 inci belacan
2-3 keping asam gelugor
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara

Bersihkan ikan bilis, toskan dan jemur bawah cahaya matahari hingga betul-betul kering

Kikis kulit petai dan hiris nipis-nipis

Cili padi, bawang dan belacan ditumbuk hingga lumat

Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, diikuti petai (juga hingga garing)

Tumiskan bahan yang ditumbuk dan masukkan asam keping, masukkan sedikit air dan biar hingga pecah minyak atau bahan tumisan menjadi garing dan naik bau

Perisakan dengan garam dan perasa, masukkan ikan bilis dan petai yang digoreng, gaul rata dan angkat.