Kari Merah

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam, ambil isi sahaja
4 cawan santan
2 tangkai cili merah, dibelah dua
5 helai daun limau purut
2 sudu kecil gula pasir
1 sudu kecil kicap cair
2 sudu kecil sos ikan
cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan rempah kari:
12 tangkai cili kering, dibuang biji dan direndam 9 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
50 gm lengkuas, dipotong kecil
5 batang serai, dipotong kecil
sudu kecil kulit limau purut
2 cm belacan
3 cm kunyit hidup
2 sudu kecil akar ketumbar, siap dipotong
sudu kecil jintan putih

Cara-cara

Kesemua bahan rempah kari dikisar halus. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan rempah kari yang dikisar halus tadi. Kacau hingga kekuningan dan biarkan hingga kering sedikit. Masukkan dua cawan santan dulu, kacau rata-rata dan biarkan hingga pecah minyak. Masukkan baki santan, isi ayam, gula, daun limau purut, sos ikan dan kicap cair. Biarkan mendidih lama sedikit kemudian masukkan garam serta cili merah. Kacau dan angkat.