Kari Kapitan

Ramuan / Bahan

6 camca besar rempah kari
¼ cawan air
2 camca besar minyak masak
1 kg ayam, dipotong
½ cawan santan pekat
½ camca teh gula
½ camca teh air halia
Garam secukup rasa

Cara-cara

Gaul rempah kari bersama air.

Panaskan minyak dan tumis rempah kari hingga terbit bau.

Masukkan santan, gula, air halia dan juga garam.

Kemudian, masukkan ayam dan gaul sebati. Masak di atas api sederhana selama 15 minit.

Kacau sekali-sekala hingga ayam masak dan kuah pekat.