Kari Kapitan

Ramuan / Bahan

4 camca besar minyak masak
2 biji bawang besar, didadu kecil
2 camca teh garam
250 ml pati santan
1 ½ kg ayam, dibersih dan dipotong kecil
750 ml santan
Perahan limau nipis secukupnya Bahan-bahan digiling lumat:
15 biji cili merah
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
10 biji buah keras
Sedikit belacan
4 batang serai, dihiris halus

Cara-cara

Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bawang besar hingga ia kekuningan. Masukkan garam bersama bahan giling, tumis hingga terbit bau. Tuang sedikit pati santan supaya rempah tidak melekat di periuk. Kacau ia sekali sekala. Masukkan ayam, beberapa minit. Tuang santan, masak di atas api perlahan hingga ayam empuk. Kemudian tuangkan baki pati santan, biar hingga ia mendidih, masukkan perahan limau nipis. Hidang kari bersama nasi atau roti jala.