Kari Hijau Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
10 biji cili api
4 biji cili hijau
½ biji kulit limau purut - dihiris halus
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
Lengkuas sebesar ibu jari Halia sebesar ibu jari
½ sudu teh belacan
½ cawan santan cair
1 cawan air
1 sudu besar sos ikan
Minyak masak, gula dan garam
Daun pasli untuk hiasan

Cara-cara

Potong ayam dan bersihkan. Rebus ayam hingga empuk. Kisar cili padi, cili hijau, kulit limau purut, bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, halia dan belacan. Tumis bahan kisar dan masukkan santan, air, sos ikan, gula dan garam. Setelah menggelegak, masukkan ayam dan biar kuah pekat. Hidangkan dan hias dengan daun pasli.