Kari Belanda

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
Minyak untuk menumis
2 cawan santan pekat, daripada sebiji kelapa
Garam secukupnya Bahan-bahan digiling

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cm lengkuas
4 biji buah keras
1 cm kunyit
3 camca kecil jintan putih
20 tangkai cili kering

Cara-cara

Ayam dibersihkan dan dipotong 12.

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi.

Masukkan ayam. Kacau dan biar sebentar.

Masukkan santan pekat dan garam. Perlahankan api dan biar kuah mendidih.

Apabila ayam empuk dan kuah pekat, angkat.