Kari Ayam Yogurt Tulen Nestle

Ramuan / Bahan

600g ayam, dipotong kecil
3 sudu besar serbuk kari
Minyak untuk menggoreng
3 kelopak bunga lawang
2 sudu teh Serbuk Pati Ayam Maggi
Garam dan lada secukup rasa
¾ cawan (150g) Yogurt Tulen Nestle
Sedikit daun pudina Bahan-bahan A:
1 ulas bawang merah
5 cm halia
3 ulas bawang putih

Cara-cara

Tumbuk Bahan A hingga lumat. Campur sebati dengan serbuk kari. Goreng ayam dengan minyak panas selama 3 minit. Kemudian keluarkan ayam dan toskan. Tinggalkan 1 sudu besar minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yang ditumbuk bersama minyak tadi hingga naik baunya. Masukkan semula ayam dan bunga lawang. Goreng selama 5 minit lagi, kemudian masukkan air dan Pati Ayam Maggi. Renih selama 15 minit, kacau sekali-sekala hingga ayam lembut dan kuah jadi pekat. Masukkan Yogurt Tulen Nestle pada 2 minit terakhir dengan api yang kecil.