Kari Ayam Rempah Basah

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (potong 12)
1 labu bawang besar(mayang nipis)
1 peket rempah penumis(kulit kayu manis,cengkih,bunga lawang dan buah pelaga,biji halba&sawi)
1 biji kelapa (perah jadikan 1 cawan santan pekat, 2 ˝cawan santan cair)
2 keping asam keping
1 tangkai daun kari
3 biji ubi kentang (belah 2)
Minyak untuk menumis

15 tangkai cili kering
2 biji cili merah
6 bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan ketumbar biji(disangai)
1 sudu makan jintan halus(disangai)
3 butir buah keras(panggang dahulu)
3cm halia
3cm kunyit hidup
1cm kayu manis
(Semua bahan di atas dikisar halus)

Cara-cara

Cuci ayam dan toskan.
Tumis bawang besar, apabila kuning masukkan rempah penumis, daun kari, rempah yang dikisar halus dan tumis sehingga wangi.
Masukkan ayam dan ubi kentang. Kacau sehingga mesra, masukkan garam, asam keping, serbuk perasa dan santan cair. Tutup periuk dan didihkan sehingga ayam lembut.
Apabila ayam lembut, masukkan santan pekat. Kacau dan kecilkan api renih sehingga masak dan pekat.