Kari Ayam Dengan Kubis Bunga

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam muda (disiang & dipotong kepada ketulan-ketulan kecil)
2 sudu garam
3 sudu serbuk kunyit
500 gm bunga kubis (dipotong bertangkai-tangkai kecil)
½ cawan minyak masak
1 sudu biji sawi
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan putih
½ sudu halba
2 biji buah pelaga (dikupas kulitnya)
2 kuntum bunga lawang
1 sudu serbuk/rempah kari ayam (dijadikan pes) 5 ulas bawang merah (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dititik)
2 hiris halia (ditumbuk)
3 labu besar bawang besar (dibelah empat)
4-5 pelepah daun kari
1 cawan air
2 biji besar tomato (dicincang)
Garam secukup rasa
1 ½ cawan pati santan
6 batang lada hijau (dibelah dua menyerong)
1 sudu besar merah goreng (untuk menhias)
1 sudu daun ketumbar yang telah (untuk dihias) dicincang

Cara-cara

Gaulkan campuran kunyit p0ada ayam & perapkan selama 20 minit. Pijarkan minyak dia atas api yang sederhana.Masukkan biji sawi & apabila ia telah meletup-letup,masukkan rempah-rempah kering yang lain. Gorengkan selama 1 minit & masukkan pes rempah kari,bawang merah & bawang putih. Apabila bawang merah telah kekuning-kekuningan,masukkan halia bawang besar & ayam. Gorengkan selama 5 minit,kemudian masukkan santan,lada & bunga kubis & kacau. Biarkan mendidih & kecilkan api. Kacau masakan itu selama 10 minit & sesuaikan rasanya. Masak hingga ayam empuk.Isikan ke dalam pinggan & hiaskan. Hidangkan panas-panas.