Kari Ayam

Ramuan / Bahan

2 kg ayam (dipotong lapan)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam dan minyak jagung
4 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis 4 biji buah pelaga
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris)
5 camca besar rempah kari
1 cawan pati santan
1 mangkuk besar santan cair
1 camca besar air perahan limau, 3 biji tomato(diblender)

Cara-cara

Ayam dilumur bersama bawang putih, halia dan garam. Peram selama setengah jam. Tumis bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bawang merah. Masukkan pula rempah kari yang sudah dicampur dengan air. Masaklah hingga naik minyaknya. Setelah itu, masukkan tomato yang sudah diblender tadi dan tunggu hingga naik minyak sekali lagi. Masukkan ayam dan santan cair. Kacau selalu. Setelah mendidih dan ayam empuk, masuklah santan pekat dan air limau. Angkat selepas dua minit.