Kari Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (disiang,dibuang kulitnya & lemaknya, dipotong besar-besar)
125 gm minyak sapi
1 labu besar bawang besar (dicincang)
5 cm kulit kayu manis
2 sudu besar serbuk kari ayam (dijadikan pes)
½ cawan air
2.5 cm halia (dikikis kulitnya & biarkan sebuku)

Bahan Perasa:
Garam & lada sulah secukup rasa
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu air halia
2 sudu bawang merah giling
½ cawan tomato masak cincang
½ cawan daun ketumbar cincang ½ cawan susu sejat cair
1 sudu besar bawang goreng
3 biji besar tomato (dicincang)
garam secukup rasa
½ cawan tairu
½ gula halus merah halus

Bahan Giling:
3-4 batang lada hijau
3-4 batang lada merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar buah badam
(dibuang kulitnya arinya)

Cara-cara

Satukan bahan perasa & gaul rata-rata dengan ketulan-ketulan ayam & isi bahagian dalamnya. Biarkan berperap selama 2-3 jam. Pijarkan minyak sapi dalam sebuah periuk besar,di atas api yang sederhana & tumis bawang hingga layu. Masukkan kuli kayu manis & pes rempah & goreng selama 1 minit. Masukkan bahan giling.Apabila minyak keluar,besarkan api & masukkan ayam, isi dalamnya & bahan perap selebihnya.Kecilkan api & masak dengan bertutup selama 5 minit. Masukkan air & besarkan api.Masak dengan bertutup 5 minit lagi. Masukkan halia,tomato,tairu & garam.Kecilkan api.Masak dengan bertutup selama 6-8 minit,Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas.