Itik Golek

Ramuan / Bahan

1 ekor itik atau ayam
2 biji kelapa
1 biji telur
1 biji kentang
1 labu bawang putih
1 labu bawang besar 4 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar minyak makan
1 sudu besar serbuk lada hitam
Hati dan hempedal itik atau ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara

Rebus telur dan kentang. Basuh itik atau ayam bersih-sersih terutama di bahagian dalam perutnya. Bersihkan hati dan hempedal dan potong kecil-kecil. Tumbuk atau mesin bawang putih. Gaulkan serbuk jintan putih, bawang putih dan serbuk lada hitam dengan sedikit air. Panaskan minyak dan tumis jintan yang digaul hingga naik bau wangi. Masukkan hati dan hempedal dan kacau selalu supaya rempah tidak melekat. Jika melekat tambah air sedikit-sedikit. Masukkan garam, angkat. Masukkan telur ayam, kentang dan bawang besar yang telah dibuang kulit ke dalam rempah dan gaul rata-rata. Ketepikan. Masukkan rempah bersama telur, kentang dan bawang besar ke dalam perut itik dengan menyumbatnya perlahan-lahan dari sebelah bawah. Setelah penuh, jahitkan di bahagian bawah yang terbuka ini. Jahit juga di bahagian lehernya supaya isinya tidak termuntah keluar. Sementara itu jerang santan dalam periuk. Masukkan baki rempah dan kacau. Masukkan itik dan kacau selalu. Masaklah sehingga santan jadi pekat seperti rendang. Masukkan garam dan air asam jawa. Balik-balikan itik di dalam periuk supaya mudah empuk dan seluruh bahagiam dimandikan dengan kuah. Seblum diangkat, buangkan jahitan pada badan itik. Jika suka, itik boleh dipanggang selepas ini supaya isinya menjadi lebih garing.