Hati Ayam Masak Berempah

Ramuan / Bahan

Sekati hati ayam
Segenggam jintan manis
Segenggam jintan putih
2 genggam ketumbar
Seinci halia
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris) 2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan cili boh
5 tangkai daun kari
2 keping asam keping (air asam jawa)
3 biji cili hijau (dihiris kasar)
2 biji tomato hijau (dibelah empat)
Garam secukup rasa
5 sudu makan minyak masak

Cara-cara

Bersihkan hati ayam. Tumbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar, halia tetapi jangan terlampau halus sangat. Kemudian digaulkan dengan semua rempah & daun serta bahan lain bersama hati ayam tadi. Panaskan minyak masak dengan api sederhana. Kacau rata sampai masak.