Hati Ayam Goreng Hijau

Ramuan / Bahan

hati ayam (blh juga ditambah dengan pedal ayam jika suka)
serbuk kunyit

bahan untuk ditumbuk kasar/kisar halus :
cili hijau 10 biji boleh lebih
bawang besar 2 biji sederhana besar
bawang putih 2-3 ulas
cili padi 4-5 biji ikut kadar kepedasan yang disukai
garam secukup rasa

Cara-cara

-basuh bersih hati ayam tadi kemudian gaulkan dengan sedikit kunyit dan sedikit garam.
-panaskan minyak
-goreng hati ayam tadi hingga garing
-setelah selesai tumiskan bahan ditumbuk tadi dengan menggunakan minyak gorengan tadi.
-masak sehingga cili tersebut masak dan naik minyak
-kemudian gaulkan hati yang telah digoreng dengan cili yang telah masak
-siap untuk dihidang