Gulai Ayam Masak Merah

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (dipotong mengikut kesesuaian)

Bahan A
........
1 paket kecil jintan manis
1 paket kecil ketumbar
3 batang serai dihiris
5-6 ulas bawang merah (kecil)
3-5 ulas bawang putih
1 cm kunyit
1 cm halia
20-30 biji lada kering
1 biji kelapa dibuat kerisik
Bahan B
........
Santan pekat
daun limau purut
daun salam
garam secukup rasa
Air (mengikut kesesuaian)
air asam jawa

Cara-cara

Kisar Bahan A hingga lumat.Panaskan minyak. Kemudian, tumis bahan A hingga naik bau.Masukkan daging ayam. Biarkan seketika. Kemudian, masukkan santan pekat dan air. Masukkan daun limau purut dan daun salam.Biarkan sehingga bahan-bahan tadi menyerap bersama daging ayam. Masak sehingga 10-15 minit.Akhir sekali,masukkan garam secukup rasa dan air asam jawa.