Gulai Ayam Bersusu

Ramuan / Bahan

1 camca besar minyak sayuran
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 ulas bawang putih (dihiris nipis)
Sedikit halia (dihiris nipis)
2 camca besar garam masala
1 camca teh serbuk kari 500 ml susu kurang lemak
Sedikit garam
400 gm ayam (dipotong sederhana besar)
4 biji cili merah (dibelah dua memanjang)
2 biji tomato (dibelah empat)

Cara-cara

Panaskan minyak sayuran di dalam kuali. Tumiskan bawang besar bersama bawang putih dan halia sehingga ia terbit bau.

Masukkan garam masala bersama serbuk kari, biarkan ia sebentar sambil dikacau sehingga ia sebati.

Kemudian masukkan susu kurang lemak bersama garam, kacau sebentar di atas api perlahan-lahan sehingga ia sebati.

Kemudian masukkan ayam. Biarkan sehingga kuah mendidih perlahan-lahan, ayam masak dan kuahnya agak pekat.

Kemudian masukkan cili merah bersama tomato, biarkan ia selama dua minit. Hidangkan bersama nasi putih dan sayuran jika suka.