Gulai Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 ½ senduk cili kering (digiling)
1 ½ biji kelapa parut
1 senduk bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar halia (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk) ½ senduk besar minyak makan
7 sudu makan rempah kurma
1 keping gula melaka
½ sudu makan gula
2 biji cili hijau dan cili merah (dibelah dua)
Asam keping, garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Ayam dibersihkan kemudian dipotong-potong, dibasuh dan toskan airnya. Kelapa diambil santan secukupnya. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga wangi baunya. Masukkan cili giling dan serbuk rempah kurma. Masukkan ayam dan gaulkan hingga rata. Masukkan santan, gula melaka, gula, garam, asam keping dan serbuk perasa secukup rasa. Apabila telah pekat dan sebati bolehlah masukkan cili merah dan cili hijau yang sudah dipotong dua.