Daging Bakar Itik

Ramuan / Bahan

600 gm daging yang ada lemak
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu teh serbuk lada
1 batang serai 4 labu bawang merah
2 cawan pati santan
1 biji limau nipis
1 labu bawang
Garam secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk atau mesin bawang merah, jintan manis dan jintan putih. Gaul ramuan di atas bersama pati santan, serbuk lada dan garam. Masukkan daging dan perap selama satu jam. Bakar daging di dalam oven atau dapur terbuka atau secara barbeku. Semasa membakar percikkan santan berempah dengan menggunakan serai yang dititik. Bakar hingga masak betul. Untuk membuat air asam pula, hiris bawang merah secara lereng. Perah asam limau dan campurkan garam dan gula. Gaul supaya mesra. Air asam ini sesuai dijadikan pencecah daging bakar.