Dada Ayam Panggang Bersama Sos Teriyaki

Ramuan / Bahan

200 gm dada ayam
40 gm lobak merah
2 ulas bawang merah (dicincang)
Mentega
Garam
Lada sulah Bahan sos:

400 ml sos teriyaki
1 camca sos lada hitam
2 camca gula
Seulas bawang putih (dicincang)

Cara-cara

Gril dada ayam dengan mentega sehingga masak.

Goreng sedikit lobak merah bersama bawang dan perasakan.

Untuk sos, satukan semua bahan dan hidangkan bersama dada ayam. Hiaskan dengan lobak merah.