Popia Mentega Istimewa

Ramuan / Bahan

40 keping kulit popia-dileraikan

Bahan2 ini dicincang halus berasingan :
8 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
½ inci halia

125 gm mentega SCS
½ biji sengkuang didadu
500 gm sayur campur beku

600 gm filet ayam - didadu
300 gm udang (dikupas kulit)
1 cwn isi ketam atau
6 btg crab filamen sticks - hiris
3 sd besar sos tiram
1 kiub pati ayam
1 sd besar garam
1 sd besar gula

¾ tin sup cendawan campbells
½ tin sup makanan laut cambells
½ tin air
2 sd besar paras tpg jagung dibancuh dengan ½ cwn air.

(kulit udang hendaklah dibasuh dan kisar dgn 1 cwn air - tapis dan simpan dlm peti sejuk)



6 biji telur - dipukul dgn ½ sd teh garam
125 gm mentega SCS

minyak untuk menggoreng
2 biji telur dipukul untuk melekatkannya

Bahan sos :
25 batang cili merah
8 ulas bawang putih
4 sd besar cuka
¾ cwn gula
1 sd teh garam
½ sd teh kicap manis
2 cwn air masak

Cara-cara

Inti :
Panaskan mentega jangan sampai hangus, masukkan bawang putih dan kacau hingga kuning. Masukkan cincangan bawang dan halia. Biarkan sebentar. Masukkan ayam dan kacau hingga agak kering, baru masukkan pati ayam dan bahan perasa, masukkan udang, isi ketam atau filamen dan kacau, masukkan air dan air udang, kacau sebentar baru masukkan bahan perasa dan sos tiram, masukkan sayuran dan sengkuang, biarkan mendidih. Masukkan sup2 krim dan kacau sebati, pastikan api tidak terlalu besar. Apabila mula pekat tuangkan bancuhan tpg jagung. Kacau hingga likat. Angkat dari api dan sejukkan.

Taburan :
Panaskan mentega dan bila mula panas tuangkan telur (jgn panaskan hingga mentega bertukar warna-hangus). Kacau hingga telur berderai dan kering. Angkat dari api dan sejukkan.

Sos :
Masukkan cili merah, bawang putih, gula dan bahan lain kecuali cuka dlm pengisar. Kisar hingga hancur. Tuang dalam mangkuk dan masukkan cuka. Kacau sebati. Simpan dalam peti sejuk. Boleh ditambah atau dikurangkan air mengikut citarasa anda juga masam manisnya.


Caranya :
Ambil sekeping kulit popia dan sudukan 1 sd besar inti pada hujungnya, taburkan 1 sd besar telur hancur dan lipat untuk menutupkan inti juga tepinya dan gulung, lekatkan dengan telur. Ulangi proses yang sama hingga habis. Goreng dalam minyak terendam hingga kuning keemasan dan toskan minyaknya. Hidangkan bersama sos.