Dada Ayam Kukus Bersayur

Ramuan / Bahan

500 gm ayam (diambil bahagian dadanya sahaja)
0.5 liter susu segar

Bahan dipotong kecil:
2 biji lobak merah
5 ulas bawang merah
2 batang daun saderi
3 batang kacang panjang Garam
Perasa secukupnya

Bahan dimayang:
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai (dititik)

Cara-cara

Bersihkan dada ayam kemudian hiris nipis (jangan sampai putus). Serakkan sayuran yang telah dipotong kecil atas isi ayam kemudian gulung dan ikat supaya tidak terbuka. Tuangkan susu ke dalam loyang pengukus dan masukkan sekali bawang putih, bawang merah, halia, serai, dan sesuaikan rasa. rendamkan isi ayam tadi ke dalam bahan ini dan kukus hingga masak. Potong anggaran 3 cm tebal dan hidangkan bersama roti tawar dan sup.