Popia Mayonnaise

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan A:
5 biji telur ayam
Sepaket kecil atau sedang sayuran campur
Serbuk lada putih
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan:
Pecahkan kesemua telur ke dalam mangkuk, masukkan garam dan serbuk lada putih, kacau sehingga sebati. Panaskan minyak dan goreng kesemua bahan-bahan tadi termasuk sayuran campur. Gaulkan sehingga masak, ketepikan. Kulit popia segera, saiz sedang
Bahan-bahan inti:
Sengkuang, dipotong memanjang
Taugeh
Cendawan butang, dipotong 4 atau dihiris nipis
Sos cili
Mayonnaise
Minyak untuk menggoreng
* jumlah bahan bergantung kepada individu

Cara-cara

Ceraikan kulit popia satu persatu, jika disimpan dalam peti sejuk, keluarkan 1 ~ 2 jam sebelum memasak.
Sediakan kuali dan masukkan sengkuang dan taugeh, gunakan api sederhana, balik-balikkan bahan-bahan tadi sehingga agak lecur. Masukkan sos cili dan mayonnaise, gaul sehingga sebati dan masukkan cendawan butang. Apabila sos mula mendidih, masukkan bahan A tadi dan gaul sekali lagi untuk meratakan sos. Biarkan sehingga sos menjadi pekat, tambahkan garam jika perlu. Angkat dan biarkan seketika.
Ambil sekeping kulit popia dan letakkan inti yang disediakan tadi. Gulung dan lekatkan setiap bucu yang terhasil dengan bancuhan pekat tepung untuk mengelakkan popia terbuka ketika digoreng nanti.
Goreng dengan api yang sederhana sehingga masak.