Biskut Jem Berlapis

Ramuan / Bahan

1000 gm tepung gandum
800 gm mentega
400 gm gula aising 100 gm kuning telur
Parutan kulit lemon secukupnya
Jem rasberi secukupnya

Cara-cara

Campurkan semua bahan yang disediakan, kemudian uli hingga menjadi doh yang lembut. Canaikan adunan setebal 3 mm. Terap dengan acuan bulat sebagai lapisan bawah. Untuk bahagian atas terap dengan acuan kecil sehingga mendapat satu gelang. Bakar dalam ketuhar sehingga masak. Setelah sejuk lapiskan dengan jem rasberi. Boleh juga dihias dengan manik-manik.