Burung Puyuh Masak Lemak

Ramuan / Bahan

4 ekor burung puyuh
100 gm bawang besar (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
10 gm kunyit hidup (dikisar)
30 gm cili boh
10 gm cili padi (dikisar)
2 keping asam keping 10 gm halia (dikisar)
1 biji kelapa (diambil santan)
50 gm tomato (untuk hiasan)
10 gm cili hijau
10 gm cili merah (untuk hiasan)
½ biji nanas (dihiris)

Cara-cara

Tumiskan bahan kisar. Masukkan juga cili boh dan serai. Kemudian tuangkan santan, didihkan hingga pekat. Masukkan burung puyuh dan nanas. Tunggu hingga masak. Masukkan barang hiasan.